Saturday, February 6, 2010

Cara barah membiak

Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.

Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya

Asal-usul barah

Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.

Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Ketumbuhan

Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya

Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan

Jenis-jenis barah

Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
Lukemia - dari sel darah putih

Sel-sel barah

Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Pertumbuhan sel yang normal

Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.

Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu

Wednesday, January 27, 2010

Kanser Testis

1) Epidemiologi:
Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.

1) kanser seminomas bekomposisi sebanyak 35% kanser testis dewasa. Frekuensi meningkat mengikut umur selepas remaja, peringkat kemuncaknya ialah antara umur 30-40. Kanser ini bertidak balas baik dengan radioterapi dan kemoterapi.

2) kanser bukan seminomas (55% dari kes penyakit ini) lebih kerap berlaku pada pemuda lelaki, purata umur 31, pada masa mereka agak aktif dalam kegiatan seks. Kanser ini bertidak balas baik terhadap kemoterapi.

Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.

2) Diagnosa:
Risikonya:

- testis yang tidak menurun,
- pembentukan testis yang tidak normal;
- lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam;
- kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome).
Tanda-tanda:
- Pembesaran testis yang tidak sakit;
- diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum;
- kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
Diagnosa:

kebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.
- Pemeriksaan klinikal;
- Petanda tumor: AFP , BHCG; CEA , CA 19-9, CA125. AFP dan BHCG menunjukkan peningkatan dalam 80% kes-
kes bukan seminomas. Tahap yang sangat tinggi (melebihi 10 000 ng/ml untuk AFP, 50 000mUI/ml untuk BHCG)
adalah petanda yang kurang baik.
- Radiologi: abdomen dan tomodensitometri dada.
- Ultrasound, Doppler warna.
- Biopsi, untuk mengenal pasti jenis tumor dan peringkatnya.

3) Rawatan:

Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser ini membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan jenis mana yang akan memberikan kesan sampingan yang paling minima, ia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat:
- Fasa pertama: mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril;
- dan kemudiannya mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minima.
- rawatan susulan klinikal dan biologikal adalah mencukupi;
- Surgeri: pembuangan testis: ini adalah "orchiectomy"; tidak mampu melakukan hubungan seks.
- Radioterapi secara setempat; penghasilan sperma dipengaruhi tetapi kesuburan akan pulih semula selepas
beberapa bulan (dalam kebanyakan kes).
- Kemoterapi: Kemunculan polikemoterapi kini mampu menyembuhkan lebih dari 90% pesakit ini.
Pemuda lelaki yang mengidap kanser testis perlu ingat yang rawatan ini mungkin mengakibatkan ketidaksuburan dan doktor perlu merujuk mereka kepada 'sperm bank'.

4) Rawatan susulan:

sering mengawasi:
- Ujian klinikal;
- Radiologi: tomodensitometri;
- Biologi: mengukur peringkat petanda tumor.
Radiasi dan kemoterapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang rumit pada usus, buah pinggang dan tulang.
Kebanyakan kes yang mengalami kembali semula kanser ini (80%) perlu diperhatikan dalam masa 2 tahun. Pesakit dianggap sembuh bila tiada kesan kanser dalam masa 5 tahun.

Pencegahan:
Pemeriksaan klinikal yang kerap, pemeriksaan sendiri; menjalakan ujian petanda tumor.

Followers

advertisment

 
info kanser Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template