1) Epidemiologi: Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.1) kanser seminomas bekomposisi sebanyak 35% kanser testis dewasa. Frekuensi meningkat mengikut umur selepas remaja, peringkat kemuncaknya ialah antara umur 30-40. Kanser ini bertidak balas baik dengan radioterapi dan kemoterapi.2) kanser bukan seminomas...
Wednesday, January 27, 2010
Kanser Prostat
1) Epidemiologi: Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes cancer ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas....
Kanser Pankreas
1) Lokalisasi: Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit. 2) Faktor risiko kanser pankreas: - - Fakta...
Kanser Perut
1) Lokalisasi, Pertumbuhan: Kanser perut bermula dari lapisan mukosa perut , dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas; ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlakunya gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser (Displasia). 2) Epidemiologi: Kanser yang terkenal sejak turun-temurun. Raja Napoleon ialah salah seorang yang terkenal menghidapi penyakit ini. Kanser ini dianggap sebagai kanser negara 'bertamadun'...
Kanser Paru-Paru
Adakah anda tahu :
- kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
- sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?
- merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
- 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
- hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :
adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib...
Kanser Rahim
1) Lokalisasi: Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif. Lokasi tumors ganas: - Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atauendometrium. 20-25 dari 100,000 orang wanita dipengaruhi setiap tahun, tak kira berapa umurnya dan iabermula pada umur 25. Ia kerapkali berlaku pada wanita di negara sedang membangun, Amerika Selatan, China,Asia Timur Selatan dan Afrika.- Atau di dalam rahim (kanser korpus). 20-25 dari 100, 000 orang wanita setiap tahun, terutamanya...
Epidemiologi kanser ovari
1) Epidemiologi kanser ovari: Siapa ? Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini. Frekuensi ? Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap...
kanser payudara
1) Epidemiologi: Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 hingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian makin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya...
Kanser Kolon
1) Epidemiologi: Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. . Sebahagian besar pengidap penyakit ini dijumpai di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Great Britan; jarang ditemui di India, Kolumbia atau Senegal. Kewujudannya 50 kali lebih sering di Amerika Syarikat jika dibanding dengan Senegal. Kanser jenis ketiga yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki dan juga wanita;...
Subscribe to:
Posts (Atom)