Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut. Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan. 15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.
Saturday, February 6, 2010
Apa itu Lymphoma?
Apakah jenis-jenis Lymphoma?
Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant). Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan kanak-kanak. * Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat. * Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah Leukemia ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh. Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan. Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan
Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya. Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah: * Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti * Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti * Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) * Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear * Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ
Apakah tanda-tanda Lymphoma?
Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda. Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma: * Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari * Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan * Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka, leher, bahagian atas lengan dan dada * Kesukaran untuk menelan * Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah * Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala dipanggil simptom B * Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan. Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit dikenalpasti/ disahkan
Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma. Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala keseluruhan nodus limfa tersebut. Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi mungkin menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau pembedahan kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di sekeliling tempat biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan ini dilakukan dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang. Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik Lymphoma itu. Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh. Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan lain.Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian ujian sampingan termasuk: * Pengiraan darah secara menyeluruh * Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang * Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's Lymphoma sahaja.
Bagaimana untuk merawat Lymphoma?
Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada tahap barah tersebut. Menentukan tahap barah adalah cara untuk mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis). Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (barah Cuma melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap 4 (barah yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka masa panjang. Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil masa beberapa bulan. Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu
Adakah peluang untuk sembuh penyakit Lymphoma
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari barah selama lebih dari 5 tahun. Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih dari 60% bagi mereka yang tahap 4. Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat setelah 5tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang mengalami tahap 3 atau 4. Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang (barah berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada 'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan sel stem. zamzizi
tanda-tanda menghidapi penyakit barah
Tujuh tanda-tanda barah
1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara

Cara merawat atau mengubati barah
Cara merawat atau mengubati barah
Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya.
Antara rawatan yang diberi ialah:
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.
Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya.
Antara rawatan yang diberi ialah:
- Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
- Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
- Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
- Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.
Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
- Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
- Elakkan menghisap rokok
- Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
- Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
- Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
- Kurangkan makan bahan-bahan manis
- Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
- Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah
cara mengesan barah
Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.
Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:
Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

- Sinar X dan imbasan Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
- Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
- Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
- Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
- Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal
Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.
Siapa dihidapi barah?
Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengapa barah terjadi?
Mengapa barah terjadi?
Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.
Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah

Cara barah membiak
Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya

Asal-usul barah
Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Ketumbuhan
Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya
Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan

Jenis-jenis barah
Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
Lukemia - dari sel darah putih

Sel-sel barah
Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Pertumbuhan sel yang normal
Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.
Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.
Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu

Subscribe to:
Posts (Atom)